Dan Kisah Kita !!

Hanya Engkau Yang Mampu & Hanya Aku Yang Tahu !!

Saturday, May 7, 2011

Salam Mei

Assalamualaikum ...

Dah seminggu bulan Mei berjalan, barulah ada masa sikit nak celah2 update blog. Hari nie aku asyik dengar lagu Dan Byrd ajer.. Tajuknya Boulevard. Silap eja sorrylah yer, hehehehe. Memang best giler lah  lagu nie. Memang macam tuh kan, kalau lagu tuh dari tahun 70an atau 80an, memang best2 belaka. Tak kisahlah lagu melayu or inggeris tapi zaman tuh memang evergreen punya lagu lah. Yang zaman sekarang punya lagu memang banyak yang best2 dan moden tapi susah nak evergrenn cam lagu2 lama nie. Tak tahulah kenapa.

Jiwa aku nie pulak memang sukakan lagu2 lama nie. Sejuklah jiwa kalau dengar. Macam lagu Boulervard nie lah. Padahal lagu nie kisahnya org yang ditinggalkan kekasih. Merayu supaya kekasihnya tak lari meninggalkannya, tapi aku suka jugak walaupun takde kena mengenanya dengan aku. Yelah, kalau irama dan liriknya dah best giler, takkanlah aku tak suka. Mestilah suka walaupun bukan kena mengena kisahnya dengan hidup aku.

Tapi yang paling aku takleh tahan bile dengar muzik intro dia nih, memang syahdu habis. Rasa cam diri aku nie berada di awan-awangan. Rasa cam diri aku nie diseru2 seseorang, rasa diri ini disayangi seseorang. Hahahaha, kuat betul penangan lagu ni. Yang paling best tak bosan langsung. Dengar lebih dari 10 kali pun masih menusuk kalbu lagi. Yang buat aku jadik suka n tertarik kat lagu nie kumpulan lawak SEPAH tuh lah. Sebab masa show diorang untuk maharaja lawak minggu ke6 si JEPP tuh ada nyanyikan lagu nie kat tangga sebelum start show. Memang best habis, terus tangkap cintan time tuh jugak. Tu yang aku search kat youtube n syukur aku jumpa.

Tak tahulah kenapa, dulu aku suka dengan lagu ROXANNE, penyanyi dari German or Belanda, best jugak lagu dia n dia nie penyanyi zaman 80 an. Kan aku dah cakap lagu zaman2 dulu nie memang terangkat habis, n lagu zaman sekarang takleh nak challenge langsung. Kalaulah aku ada peluang nyanyikan lagu nie memang sah2 aku akan nyanyikan dengan sungguh2. Tapi karaoke kat rumah jerlah ngan suami n anak2 aku. Hehehehe!

Sekarang  nie tak tahulah kenapa aku rasa cam malas2 sikit nak update blog maybe sebab aku asyik sangat dengan main Poker kat FB kot. Kain baju aku jual tuh pun tak berapa mengcengkam sangat income dia bulan nie. Cuma ada satu dua aje yang jalan. Entahlah.. Oklah, aku nak gi masak lak .. See ya...

Dan Byrd - Boulevard

Thursday, May 5, 2011

Keceriaan May Mengundang!

Assalamualaikum ...

Dah masuk 5 hari bulan Mei menjelma, aku baru ada kelapangan nak meng'update' blog, hehehe. Maklum saja, kesibukan melanda. Mulai minggu depan perjalanan ku akan kembali berputar seperti biasa. Alhamdulillah jugak, kerana selepas berehat lebih kurang 2 minggu daripada online biz, akhirnya bisnes aku dah boleh start balik macam biasa. Dan memanglah nak naik balik selepas beberapa ketika berhenti, susah! Aku kena mulakan daripada bawah semula. Nak dapatkan customer semula bukannya senang.

Tambah pulak sekarang nie banyak saingan. Kenalah berlumba2 dan bersaing dengan sihatnya, hehehehe. Dan alhamdulillah, walaupun tak serancak dulu, bisnes aku sekarang nie dah ada cust yang order kain pasang. Bolehlah, kan daripada langsung tak  masyukkk.. alhamdulillah. Insyaallah, lepas nie nanti akan bertambah2 dan aktif macam bulan2 lepas jugak. So, untuk bulan Mei nie kiranya aku masih aktif lagilah bergelar peniaga kecil2an, hak hak hak!!!

Dua order dah dapat, target sales aku setiap bulan mestilah lebih daripada RM100 atau paling minima pun yang aku dapat RM100, kalau nak ikutkan bulan nie walaupun baru sepasang kain yang terjual aku dah melepasi target sales aku tuh. Alhamdulillah, dan kalau akhir bulan nie nanti cust yang lagik satu ambil lagi sepasang kain, maka setidak2nya aku dah jauh tinggalkan target sales aku tuh, insyaallah akan menyusul lagi order2 lain selepas nie. Memanglah kurang sikit sales untuk bulan nie sebab aku tak banyak iklan pun kat mana2 group. Bukanlah tak berminat nak berbiz2 nie dah, tapi aku kurang masa. Dan sekarang nie rasa cam takde mood sangat nak berbiz coz stok terkandas kat kastam ari tuh ler nihh. Jadi kurang mood dah. Insyaallah, harapnya taklah ilang semua mood tuh, sikit2 jer. Hehehehe!!

Blaus dan jubah yang masuk pun nampaknya kurang permintaan kali nie. Agaknya diorang nak tunggu yang lagi kaw2 keluar kot baru diorang nak sambar. Tambahan pulak yang selalu tanya aku pasal jubah dan blaus nie semuanya saiz extra. So, memang tak tersangkutlah kali nie sebab yang masuk saiznya kurang extra. Tapi supplier aku cakap, pihak mereka akan bawa masuk saiz yang  berlipat kali ganda besarnya lepas nie. So, pada semua cust aku tuh, tunggu.... okey!

Sekarang nie aku asyik batuk2 aje, nak kemana2 pun susah sebab asyik terkekeh2 aje menahan batuk. Tak selesa betullah. Musim panas lak tuh, tak hujan langsung. Panas macam kemarau kat sahara jerk. Hahahaha, lawak lak statement aku, kan? Kat sahara nun memanglah panas bukan sebab kemarau tapi sebab kat sana tuh gurun. Dah namanya pun gurun takkanlah nak sejuk2 pulak, kan? Lainlah kalau kat kutub. Melalut pulak aku nie. Oklah, kalau lagi panjang aku menulis, lagi banyak aku melalut. So, tunggu jerlah for my next update. Kalau aku rajin, ler.. hehehe, sekian ..

Saturday, April 30, 2011

Selamat Tinggal April!



Assalamualaikum ...

Esok  menjelmalah hari baru di bulan yang baru. Sedar tak sedar dah habis dah hari nie bulan April. Esok dah 1 Mei, selamat hari pekerja lah bagi mereka yang bergelar pekerja, termasuk aku jugaklah. Walaupun tak makan gaji tapi still bekerja jugak, bekerja sebagai tukang masak, tukang kebun, housekeeping ..baby sitter, macam2 lagilah. Hehehehe ...

Esok Mei dah menjenguk kita, sekejap aje dah dekat setengah tahun, kan? Azam tahun nie dah lepas ker? Dah dapat ditunaikan? Macamana lah nak tunaikan azam untuk tahun depan kalau azam tahun sudah pun belum tertunai lagi. Cakap pasal azam, apa azam aku tahun lepas yer? Dah lupa dahh .. hehehehe ..

Azam tuh azam lah, tapi sedar tak waktu makin lama makin pantas berjalan meninggalkan kita. Sedang kita termanggu2 lagi mencari arah hidup, meneruskan hidup, menghadapi dugaan2 hidup waktu dah makin lama makin jauh meninggalkan kita. Setiap tahun cepat aje masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sekarang nie tahun berganti tahun. Puasa tahun lepas pun belum ganti lagi dah nak masuk bulan Ramadhan dan Julai nanti. Habis camner?

Aku harap pada sesapa yang belum lagi tertunai puasa yang ditinggalkannya tahun lepas, cepat2 lah ganti yer. Kalau tak nanti tak pasal2 kena bayar denda lak. Hehehehe, tak salahkan kalau kita saling ingat mengingatkan. Esok cuti umum, kemana agaknya hala tuju kawan2 semua. Mesti ada yang nak pergi picnic dengan keluarga,kan? Ataupun nak bawak anak2 main dekat taman permainan, bawak isteri pergi makan2 sambil tengok wayang .. hehehe seronoknya. Teringin jugak aku rasa nak buat semua tuh. Tapi superhero kesayangan aku nih kerja jugaklah esok. Maklumlah kerja sendiri kan, kalau tak kerja tak masyukk lahh .. Lagipun dead line dia tuh sekejap ajer, so kena siapkan cepat2, kalau tak nanti rugi or terpaksa gigit jari, hehe. Apapun harapnya taklah sampai macam tuh sekali.

Malam nie tak tahu kenapa sakit sangat kepala aku, agaknya nak ucapkan selamat tinggal kepada April dan selamat datang kepada Mei nih la kot. Apapun aku dah settle semua urusan rumah. Kalau jadi hujung bulan nie aku ke Melaka. Belajar jahit manik dan sulam riben dengan aunty .. Ibu saudara belah suamiku. Kalau jadilah, kalau diizinkan superhero kesayanganku. Kalau tidak terpaksalah duk kat umah nie jer.

Oklah, aku dah pening sangat nih, aku harap kedatangan Mei esok hari akan membawa sinar dan keceriaan dalam hidup kita. Akan membawa kehidupan yang lebih bermakna dan meberi kebahagiaan kepada kita semua, insyaAllah. Ok, sampai jumpe lagi.. Babaiii

Thursday, April 28, 2011

Kisah Kita



Assalamualaikum ...

Jumpa lagi .. hehehe .. Sakitkan bila kita ditindas2 oleh insan yang paling kita sayang? Oleh insan yang paling penting dalam hidup kita. Peritkan bila hati dan perasaan diinjak2 bagai tiada harga.. Huh, keluhan demi keluhan, getusan demi getusan, semuanya masih belum dapat menghilangkan sakit dan peritnya diperlakukan sebegitu rupa. Kuatkah hati dan perasaan seorang wanita itu untuk menelan dan menerima segalanya dengan redha? Mampukah seorang wanita itu redha di atas segala yang berlaku ke atasnya? Walau sekuat dan setabah mana sekalipun seseorang itu, pasti akan ada rasa sakit dan sedih dihatinya, pasti akan terasa perit dan deritanya dia, pasti akan ada rase kecewa dan hampanya dia.. Tapi bagaimana hendak dilawan? Hendak di tepis semuanya tanpa melukakan hati dan perasaan orang lain? Bukankah wanita itu selalu mengalah? Merelakan dirinya terluka dan tertindas, asalkan ianya dapat memberi bahagia kepada pasangan?

Ah .. manusia memang selalu begitu. Tidak tahu menghargai apa yang sudah mereka miliki. Sebaliknya setelah mereka kehilangannya barulah tercari2. Barulah nak tengadah. Sedangkan sewaktu adanya, sering dimaki2, dicemuh2 .. Malah menoleh pun tak sudi. Tapi bayangkan bila kita sudah kehilangan 'dia' yang selalu kita injak dan sakiti itu, pastinya hidup akan terasa sunyi dan tidak bermakna bukan? Kerna apa.. kerna sudah tidak ada lagi mangsa untuk kita buli, sudah tidak ada lagi insan yang akan menjadi mangsa kepada kemarahan dan kebencian kita.

Perlukah seseorang itu mengasari pasangan mereka? Apalagi pasangan mereka itu manusia yang lemah - wanita! Perlukah wanita itu diinjak? Bukankah Allah menciptakan wanita itu daripada tulang rusuk lelaki? Supaya mereka lebih dekat dengan hatinya, lebih rapat dengan jiwanya .. bukan untuk dijadikan alas kaki. Bukan untuk dijadikan mangsa situasi dan bukan untuk menjadi alat pemuas hati. Asal ada masalah saja lepaskan pada sang isteri. Bukankah tanggungjawab seorang suami itu menjaga dan menyayangi isteri mereka? Bukankah isteri itu amanah Allah pada sang suami? Di mana tanggungjawab sebagai suami dan dimana tanggungjawab yang telah diamanah Allah itu?

Begitu juga sang isteri.. Anda juga bertanggungjawab dalam rumahtangga. Bukan mengharap dan bergantung kepada si suami semata2. Benar, suami andalah nakhodanya tapi tanpa pengemudi, karamlah kapal. Bergandingan berdua pasti lebih baik arah tuju anda dalam rumahtangga. Bersamalah menggalas tanggungjawab dan amanah Allah kepada anda, suami anda adalah amanah yang diberikan Allah untuk anda. Taatilah suami anda selagi dia tidak melanggar hukum syarak dan perintah Allah, tegur menegurlah supaya keharmonian di dalam rumahtangga dapat dicapai. Tapi, akan ada kah persefahaman itu andai semuanya diserahkan kepada suami atau isteri semata2? Tidak.. persefahaman itu terbentuk apabila suami dan isteri bersama2 menerajui alam ruamhtangganya, bersama2 berdoa dan berikhtiar supaya dijauhkan daripada segala musibah, dijauhkan dari segala keburukan.

Masih sudikah lagi anda memaafkan andai hati anda terluka? Aku sendiri tidak punya jawapan itu kerana sukar untuk dijelaskan dengan kata2. Kata orang kita tidak akan tahu tinggi rendahnya gunung itu kalau kita tidak mendakinya sendiri. Kita takkan tahu sedalam mana lautan itu andai kita tidak terjun dan berenang di dalamnya sendiri. Dan kita juga tidak akan tahu sejauh mana bahagianya kita jika tidak merasai alam perkahwinan itu sendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera. Rencah hidup memang begitu. Setiap ada manis akan ada pahitnya. Setiap yang duka akan ada lara dan tawanya. Setiap yang sakit akan ada ubat dan penawarnya. Memaafkan itu mudah, tapi untuk melupakannya itu tidak mudah.

Merawat hati yang luka tidak semudah kita melukakannya. Walau berdarah dan bernanah sekalipun, wanita itu masih mampu tersenyum dan bertahan. Walau perit dan sakit bagaimana sekalipun, selagi mampu bertahan selagi itu akan dipertahankan. Bolehlah seorang lelaki menjadi sekuat dan setabah wanita? Bolehkan sang suami menjadi setia dan sesabar si isterinya? Bolehkah luka terubat jika hati dan perasaan dipersia?
Sukarkan untuk diolah perkara ini? Setiap yang berlaku ada sebabnya, ada hikmah disebaliknya. Setiap yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia2 atau saja2, semuanya sudah ditentukan Allah. Bertawakal dan berdoalah semoga dijauhkan daripada perkara2 yang aku sebutkan diatas. Ini hanyalah sekadar menduga, bagaimana keadaannya jika perkara ini menimpa kita. Mampukah kita tersenyum dan tertawa seperti hari ini, dan mampukah kita bertahan dan bersabar menghadapinya. Sukar bukan .. Tapi disebalik kesukaran ini pasti ada manusia yang mampu melakukannya .. cuma kita tidak tahu siapa dan mengapa ...Sekian ...

Wednesday, April 27, 2011

Untuk Farid Kesayanganku ..


Dari kisah cinta kita ...


Demi detik2 bahagia ..

 Demi pengabadian kasih kita ... aku lakarkan lukisan hatiku buatmu ...

Mencintaimu, aku bagaikan berdiri di atas seutas tali, yang pasti akan jatuh, sakit dan luka ..
Mencintaimu, aku bagaikan menari diatas awan, menyanyi berlagu girang .. tapi mengapa sakit terkadang mengundang?
Mencintaimu, aku bagaikan terapung diawangan, tercungap-cungap kelemasan ditengah lautan, sukarnya untuk meluahkan sayang ..
Kita saling kasih, jadikanlah itu memori .. sayangku moga engkau tahu TIDAK semua cinta bersatu ..
Bersyukurlah, kerna cinta kau dan aku akhirnya berpadu dialam perkahwinan ini, meterainya dengan ikatan yang suci dan harumkannya dengan embun di pagi hari.
Semoga cinta kita bahagia ...

Sisipan Aprilku


 Di penghujung bulan April yang panjang ... Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, kita akan melangkah ke bulan Mei. Bulan yang penuh dengan keharmonian dan warna warni ku harap.. Insyaallah. Sudah beberapa hari jugak aku tidak meluahkan lakaran disini. Semuanya kerana terlalu sibuk dengan urusan sehari2. Baik dari segi kerja rumah yang sudah menjadi rutin harianku, hinggalah kepada urusan anak2 dan suami tercinta, juga urusan bersama kucing2 kesayanganku. Semuanya aku yang perlu uruskan, sampaikan sudah seperti tidak ada masa lagi untuk diri sendiri. Nak melayan FB pun sekarang ini menjadi tidak sempat kerana tumpuan waktu dan tenagaku aku hadapkan kepada anak2 ku. Mereka sekarang sudah semakin membesar dan pemantauan yang lebih diperlukan, apalagi si kakak dan si adik langsung tidak boleh dibiarkan bersama. Asyik nak bercakar saja kerjanya, tapi dah nama pun adik beradik, sekejap bercakap sekejap nanti berbaik balik. Hehehe!!!

Urusan penjualan melalui online yang aku jalankan sekarang ini juga semakin perlahan. Bukan kerana tidak mendapat sambutan dari pelanggan, tapi stok kain dan jubah yang didatangkan dari Indonesia tersangkut di pejabat Kastam. Jadi dua minggu jugak aku tersadai tidak dapat melakukan jualan. Syukurlah sekarang semuanya sudah kembali bermula semula. Harapnya tiada lagi masalah seperti ini, insyaallah.

Alhamdulillah, sekarang suamiku sudah mula menjalankan projeknya. Sudah kembali bekerja seperti biasa jugak. Setidak2nya sekarang ada ruang untuk kami bernafas. Alhamdulillah, itulah rezeki Allah. Tidak dapat kita jangkakan, harapnya makin murahlah rezeki kami selepas ini, insyaallah.

Sudah dua hari aku tidak mengupload ape2 gambar disini. Rasanya jiwaku sedikit tenteram jika melihat gambar2 pemandangan yang menghijau atau gambar2 bunga2an yang mengharum berkembang. Sungguh jiwaku tenang memandangnya, cukup mendamaikan jiwaku yang keliru dan celaru. Cantik dan begitu mengagumkan aku. Terlintas jugak di fikiranku kini, aku mahu memiliki kamera digital Nikon, senang aku nak tangkap gambar. Tapi, merakam gambar2 yang menarik itu bukanlah semudah yang aku sangka. Semuanya memerlukan pengorbanan dan ilmu pengetahuan. Perlu tahu bagaimana mahu mengaplikasikan situasi dan keadaan supaya dapat mendatangkan gambaran yang menarik. Perlu skill untuk merakam pelbagai bentuk dan rupa, supaya keaslian gambar itu terjaga. Semua itu perlu aku pelajari, tapi daripada mana?

Teknik2 yang betul perlu aku dapatkan.. kata orang kalau hati sudah suka, apa saja sanggup dilakukan. Dan itulah yang akan aku lakukan sekarang, aku mahu belajar. Insyaallah, akan tercapai walaupun bukan sekarang. Bermula hari ini aku akan kembali sibuk dengan jualan2 online. Insyaallah, jika masih ada rezeki, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Terkaku seketika aku tika mataku memandang ke awan. Langit nan membiru dengan lambaian dedaun kelapa dan rhu yang berdiri teguh di sepanjang jalan ke rumahku rupanya begitu cantik. Alangkah indahnya jika aku dapat mengekspresikannya di dalam bentuk gambar. Dengan desiran angin yang sepoi2 bahasa, bersama deruan ombak yang menghempas pantai, semuanya cukup menghiburkan. Menenangkan jiwaku yang rawan.

Dengan padang yang menghijau, seketika aku terpana, sungguh indah bumi ciptaan Tuhan ini. Sungguh damai rasa dihati apabila memandang ciptaan2 Ilahi yang tiada tolok bandingannya. Betapa kerdilnya aku di alam fana ini, betapa bertuahnya aku kerana dilahirkan didunia ini.. betapa bertuahnya aku kerana masih bernafas hingga ke hari ini, betapa bertuahnya aku kerana diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman di bumi Allah ini. Semuanya cukup indah dan damai, tenang dan memberangsangkan jiwa, syukurlah .. syukur atas segala limpahan rahmat -Nya..

Semoga masih ada esok untukku, semoga masih ada esok yang sebegini indahnya, semoga masih ada esok yang membawa harapan, semoga esok menjadi hari yang terindah dan terbaik dalam kehidupan seharianku .. semoga esok hari yang penuh sinar dan kebahagiaan .. Semoga esok takkan berakhir dengan kekecewaan dan kesedihan...

Sunday, April 24, 2011

Sekadar Di Pinggiran


Sebagai pendorong dan pembakar semangat ..


Bak dititis embun, dingin dan membeku ..


Simple tapi menarik dan istimewa .. wanita dan bunga tidak boleh dipisahkan .. sentiasa memberi inspirasi ..



Kelopak mawar yang  belum berkembang ini memang menarik .. memberi idea dan memaksa minda berfikir di luar kotak menerokai anggun dan uniknya kelopak demi kelopak mawar itu ..



 Bunga mawar berkembang .. menebarkan haruman yang semerbak .. penuh duri dan bisa ..tapi tidak mencacatkan rupanya ..



Jambangan yang sendat dan tidak memberi ruang .. padat dan menyegarkan ..

 Gabungan indah dan menarik, bunga mawar dan buah ceri ..


Sebagai hiasan untuk santapan mata dan minda, menghilangkan tekanan dan bebanan ..


 Ringkas tapi menarik .. kemas dan rapi .. sekadar menghiasi ruang agar tidak kelihatan sepi ...



Tidak menjemukan ..


Warnanya suram dan tidak berseri tapi ada yang uniknya, lesu tapi berbisa!


Seri buah ceri memantul pada kelopak mawar yang pudar warnanya ..




Bunga mawar adalah bunga yang paling sensitif dan tidak dapat bertahan lama, namun kerana kecantikan dan keunikan harumnya, mengapa masih ramai yang mahu memilikinya sedangkan ia tidaklah sehebat yang disangka. Kuasa pandangan mata itulah yang menyebabkan kita lupa pada kekurangannya, yang kita nampak hanyalah kelebihannya walaupun kelebihan itu bukanlah sesuatu yang mampu bertahan lama..


Dari kudup yang menguncup, hinggalah pada kelopak yang berkembang, cantik dan harumnya tidak pernah hilang.. Seri dan anggunnya tidak pernah padam, malah rupanya cukup memukau pandangan ... mawar oh mawar ..!!

Dunia Imaginasi


Menyuntik inspirasi dan imaginasi ..


Putih itu menenangkan dan mendamaikan .. semurni kasih dan sayang!


Gabungan yang menyerlah .. semuanya memukau mata dan hatiku ..


Jambangan yang menjadi igauan dan angananku .. sungguh membakar jiwa ..


Kasih dan sayang, seharum mawar ini .. sesuci dan sesegar kelopaknya .. memancar damai di hati ..


Persiapan menjelang hari bahagia .. ini hanya sekadar pencetus idea ..


Merah itu cinta, semerah dan seharum inikah cinta kita? Cinta kepada teman dan sahabat, kepada keluarga dan yang tersayang .. juga cinta kepada Tuhan pencipta alam ..


Gubahan bunga tangan .. pantulan warna dan paduan susun atur yang ceria .. memberi aura kepada yang memandangnya ..

 Kecil dan ringkas .. berada di dalam pasu berpolar polkadot ini tidak kurang hebatnya, seri dan anggunnya masih terserlah .. masih tetap indah!


Warna lembut ini sesuai dengan jiwa yang lembut dan harmonis serta sedikit sensitif barangkali, kerana warnanya tidak seghairah si merah ...



Merah galak, sedikit garang dan ceria untuk dipandang.. warna yang menarik perhatian ..


Gubahan bunga tangan untuk raja sehari .. gabungan warna nya tidaklah begitu serasi tapi masih menampakkan ciri2 elegan dan menariknya dari segi susun atur bunga dan gabungan pelbagai bungaan ..

Yang Mendamaikan Aku ..


Foto ini begitu simbolik bagiku .. kehidupan manusia selalunya begini bukan, akan ada jalan yang lurus dan tenang, tapi kita sendiri yang membelok ke kiri dan kanan jalan, yang masuk ke simpang2 nan penuh berliku ..alangkah indah hidup ini jika semuanya selurus jalan ini, hidup pasti tenang tanpa sebarang masalah !



Aku sukakan kedamaian dan pantulan warna dedaun ini .. Hidup umpama pohon ini, bila dilanda musibah pasti akan goyang dan dedaunnya mula berguguran..



Seringkali aku berharap agar bila saja aku terjaga di pagi hari, pandangan pertama yang akan aku tatapi adalah sebegini. Begitu tenang dan mendamaikan .. Hidup ini indah jadi serikanlah ia dengan keindahan yang telah dikurniakan Tuhan, jangan sia2kan ..



Sejuk mata memandang, sesejuk air yang mengalir. Hilang segala masalahku bila melihat pemandangan ini.. Deruan air yang mengalir biarpun aku tidak mendengar gemersiknya tapi melihatnya saja sudah cukup menenangkan emosi ..!!


Indahnya ciptaan Tuhan, begitu indah mata memandang, indah lagi perasaan yang mengagumi kecantikan dan kekuasaan Allah !!



Tenang dan membuai perasaan!!



Sejuk dan mengasyikkan aku ..!!



Berbagai warna yang menarik .. sukar digambarkan dengan kata2!!



Dari kecil inilah minatku. Menatap cahaya bulan dan mengira berapa banyak bintang.. kenangan terindah bersama arwah bapaku ..



Sunyi dan terpencil .. umpama hati yang tiada penghuninya ..!!



Rumah ini mengingatkan aku kepada asal usulku. Dari rumah usang beginilah aku datang, dan aku tidak pernah lupa akannya. Rumah usang yang mempunyai banyak kenangan terindah hidupku, dari zaman kanak2 hinggalah ke zaman gadisku. Rumah usang yang menjadi kebanggaan aku, yang menjadi pelindungku dari hujan dan panas, yang menjadi pembakar semangatku. Disitulah dunia ku .. Meskipun ini bukanlah rumah usang yang menjadi penaung aku dan keluarga tapi ia sudah cukup mengubati kerinduanku pada kampung halaman ..!!

Indahnya Alam ..


Jiwa wanita memang takleh lari daripada bunga, kan? Dan aku suka pada mawar putih dan segala macam jenis bunga lain lagi yang pastinya putih. Warna lain pun aku suka, tapi putih adalah keutamaan kerana ia melambangkan kesucian dan kebersihan!


Memandang gambar berupa pemandangan begini juga amat2 menarik hatiku. Entah mengapa jiwa ini terlalu dekat dan sensitif pada alam semulajadi, keindahannya tiada tolok bandingan. Kejadian alam adalah yang terindah .. melihat pokok dan tasik begini mengingatkan aku pada zaman kanak2 ku.. aku suka memanjat pokok dan berenang di dalam lopak2 hujan dan banjir .. Semuanya memori terindah .. Foto ini aku tujukan khas buat sahabat baikku - Noramzalina Razali ... semoga dikau juga seperti aku, selalu terkenangkan kemanisan kenangan2 lalu ..

Hijau itu indah dan nyaman


Hijau pepohon buluh ini menyegarkan aku .. entah mengapa aku memang suka pada pohon2 buluh, nyaman dan membakar semangatku !!



Dari dekat .. makin ku pandang makin memancar auranya, indahnya ciptaan Tuhan!


Sebagai penyeri ... andai aku diberikan peluang, mahu saja aku hiaskan kediamanku dengan pepohon ini, hijau itu menyihatkan mata yang memandang, menyegarkan jiwaku yang suram .. memberi harapan dan nafas baru!