Dan Kisah Kita !!

Hanya Engkau Yang Mampu & Hanya Aku Yang Tahu !!

Saturday, April 23, 2011

Sekadar Bercerita

Assalamualaikum ...

Apa yang dipapar dan dicoretkan disini adalah satu perasaan yang bukan direka ataupun diundang datangnya. Luahan rasa atau lakaran cerita hanyalah sekadar mewarnai lagi kehidupan kita. Bukanlah soal peribadi yang ingin dikongsikan disini kerana apa yang terluah bukanlah datangnya daripada kehidupan sehari2 ataupun dari kehidupan aku sendiri, ia hanyalah suatu gambaran imaginasi yang terlintas di dalam benakku saat ini. Sesuatu yang tidak mampu aku ucapkan dengan perkataan dan ucapan, lalu aku lakarkan disini berdasarkan tulisan dan garapan buat tatapan teman2. Bersama kita berkongsi rasa dan cerita. Semuanya hanyalah untuk mengeratkan silatulrahim dan berkongsi idea semata2. Sampai jumpe lagi..

No comments:

Post a Comment