Dan Kisah Kita !!

Hanya Engkau Yang Mampu & Hanya Aku Yang Tahu !!

Saturday, April 23, 2011

Bingkisan Buat Teman

Assalamualaikum ...

Keluhan rasa hati seorang teman mahu aku kongsikan disini, tapi tidak mudah untuk aku mencoretkan bingkisan itu disini. Tapi aku kongsikan saja apa yang terlintas dibenak fikiranku sekarang dan semuanya tentang perasaan sedih dan dukanya mengharungi hidup yang penuh berliku ini. Sudah sekian lama kehidupannya menjadi tidak menentu kerana takdir yang sudah ditentukan kepadanya. Kini setelah hampir tiba saat yang ditunggu, kebahagiaan yang dicari hampir di gapai semuanya menjadi kelam. Kelam kerana kesilapan diri yang tidak dapat dikawal. Bukan sepenuhnya silapnya, tapi waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan dia menjadi seorang yang diingininya. Kerana bukan semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan bukan?Itulah yang aku katakan padanya .. semuanya sudah tertulis, siapalah kita untuk mengelak dan menepis semua yang sudah tersurat dalam kehidupan. Semoga dia tabah menghadapinya.

Memang aku tidak merasa perit dan deritanya, tapi disini aku mengambil kesempatan untuk menyatakan rasa hatiku tentang permasalahan ini.Bersabarlah, kerana biarpun perit dan pedih untuk ditelan, tapi itulah kenyataan. Dan hakikatnya itulah kehidupan. Bukan semua yang kita mahu dapat kita genggam, bukan semua yang kita idam dapat di gapai tangan, bak pelangi petang. Ianya cantik dipandang mata tapi bukan sesuatu yang dapat di pegang kerna duduknya jauh tinggi diawan.

Begitulah jugak dengan kehidupan kita seharian, bukanlah mahu menceritakan keburukan atau kejelikan orang disini, tapi sekadar berkongsi supaya kita sedar bukanlah mudah mengejar mimpi dan adakalanya impian dan harapan tidaklah seindah kehidupan. Bersama2lah kita jadikan yang baik itu teladan dan pedoman, dan yang buruk itu sebagai sempadan. Yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu dari kita sendiri. Berusahalah menjadi manusia yang bertakwa dan teguh imannya, jangan mudah terpengaruh dengan kemewahan dunia yang sementara. Apa yang kita punya sekarang bukanlah sesuatu yang boleh kita bawa ke alam selepas mati.

Sememangnya sukar untuk kita melupakan kenangan, tapi belajarlah mengejar impian. Kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita andai kita ikhlas dan jujur dalam kehidupan seharian. Itulah, aturlah kehidupan kita sekarang berdasarkan pengalaman. Kenangan yang indah jadikan memori terbaik dalam kehidupan. Semalam adalah kenangan, jadi kenanglah semalam sebagai memori terindah yang pernah berlaku di dalam kehidupan kita. Hadapilah hari ini dengan penuh yakin kerana hari ini adalah kenyataan yang perlu kita hadapi meskipun ianya mungkin sesuatu yang tidak kita sukai dalam kehidupan kita. Dan esok.. nantikanlah kedatangan esok dengan semangat dan kekuatan untuk meneruskan   kehidupan kerana esok adalah harapan, harapan untuk terus berjuang dan berjuang menuju destinasi.

Dimana jua destinasi aku, dan kamu semua biarlah waktu yang menentukan. Yang pasti antara kita sememangnya ada mempunyai  impian dan harapan, ada kisah duka dan lara, ada kisah silam nan kelam, tapi biarlah ianya berada di dalam lubuk hati kita yang paling dalam. Biarlah menjadi sejarah yang tidak akan berulang2. Apa yang penting kita lalui kehidupan ini dengan penuh ketenangan dan yakinlah Allah itu sentiasa ada untuk kita walaupun kita sering lalai dan alpa dalam mengingati dan melakukan suruhan-Nya. Nauzubillah.. Sekian dulu coretan ku kali ini .. Akan ku sambung lagi di lain hari .. Wassalam.

No comments:

Post a Comment