Dan Kisah Kita !!

Hanya Engkau Yang Mampu & Hanya Aku Yang Tahu !!

Thursday, April 28, 2011

Kisah Kita



Assalamualaikum ...

Jumpa lagi .. hehehe .. Sakitkan bila kita ditindas2 oleh insan yang paling kita sayang? Oleh insan yang paling penting dalam hidup kita. Peritkan bila hati dan perasaan diinjak2 bagai tiada harga.. Huh, keluhan demi keluhan, getusan demi getusan, semuanya masih belum dapat menghilangkan sakit dan peritnya diperlakukan sebegitu rupa. Kuatkah hati dan perasaan seorang wanita itu untuk menelan dan menerima segalanya dengan redha? Mampukah seorang wanita itu redha di atas segala yang berlaku ke atasnya? Walau sekuat dan setabah mana sekalipun seseorang itu, pasti akan ada rasa sakit dan sedih dihatinya, pasti akan terasa perit dan deritanya dia, pasti akan ada rase kecewa dan hampanya dia.. Tapi bagaimana hendak dilawan? Hendak di tepis semuanya tanpa melukakan hati dan perasaan orang lain? Bukankah wanita itu selalu mengalah? Merelakan dirinya terluka dan tertindas, asalkan ianya dapat memberi bahagia kepada pasangan?

Ah .. manusia memang selalu begitu. Tidak tahu menghargai apa yang sudah mereka miliki. Sebaliknya setelah mereka kehilangannya barulah tercari2. Barulah nak tengadah. Sedangkan sewaktu adanya, sering dimaki2, dicemuh2 .. Malah menoleh pun tak sudi. Tapi bayangkan bila kita sudah kehilangan 'dia' yang selalu kita injak dan sakiti itu, pastinya hidup akan terasa sunyi dan tidak bermakna bukan? Kerna apa.. kerna sudah tidak ada lagi mangsa untuk kita buli, sudah tidak ada lagi insan yang akan menjadi mangsa kepada kemarahan dan kebencian kita.

Perlukah seseorang itu mengasari pasangan mereka? Apalagi pasangan mereka itu manusia yang lemah - wanita! Perlukah wanita itu diinjak? Bukankah Allah menciptakan wanita itu daripada tulang rusuk lelaki? Supaya mereka lebih dekat dengan hatinya, lebih rapat dengan jiwanya .. bukan untuk dijadikan alas kaki. Bukan untuk dijadikan mangsa situasi dan bukan untuk menjadi alat pemuas hati. Asal ada masalah saja lepaskan pada sang isteri. Bukankah tanggungjawab seorang suami itu menjaga dan menyayangi isteri mereka? Bukankah isteri itu amanah Allah pada sang suami? Di mana tanggungjawab sebagai suami dan dimana tanggungjawab yang telah diamanah Allah itu?

Begitu juga sang isteri.. Anda juga bertanggungjawab dalam rumahtangga. Bukan mengharap dan bergantung kepada si suami semata2. Benar, suami andalah nakhodanya tapi tanpa pengemudi, karamlah kapal. Bergandingan berdua pasti lebih baik arah tuju anda dalam rumahtangga. Bersamalah menggalas tanggungjawab dan amanah Allah kepada anda, suami anda adalah amanah yang diberikan Allah untuk anda. Taatilah suami anda selagi dia tidak melanggar hukum syarak dan perintah Allah, tegur menegurlah supaya keharmonian di dalam rumahtangga dapat dicapai. Tapi, akan ada kah persefahaman itu andai semuanya diserahkan kepada suami atau isteri semata2? Tidak.. persefahaman itu terbentuk apabila suami dan isteri bersama2 menerajui alam ruamhtangganya, bersama2 berdoa dan berikhtiar supaya dijauhkan daripada segala musibah, dijauhkan dari segala keburukan.

Masih sudikah lagi anda memaafkan andai hati anda terluka? Aku sendiri tidak punya jawapan itu kerana sukar untuk dijelaskan dengan kata2. Kata orang kita tidak akan tahu tinggi rendahnya gunung itu kalau kita tidak mendakinya sendiri. Kita takkan tahu sedalam mana lautan itu andai kita tidak terjun dan berenang di dalamnya sendiri. Dan kita juga tidak akan tahu sejauh mana bahagianya kita jika tidak merasai alam perkahwinan itu sendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera. Rencah hidup memang begitu. Setiap ada manis akan ada pahitnya. Setiap yang duka akan ada lara dan tawanya. Setiap yang sakit akan ada ubat dan penawarnya. Memaafkan itu mudah, tapi untuk melupakannya itu tidak mudah.

Merawat hati yang luka tidak semudah kita melukakannya. Walau berdarah dan bernanah sekalipun, wanita itu masih mampu tersenyum dan bertahan. Walau perit dan sakit bagaimana sekalipun, selagi mampu bertahan selagi itu akan dipertahankan. Bolehlah seorang lelaki menjadi sekuat dan setabah wanita? Bolehkan sang suami menjadi setia dan sesabar si isterinya? Bolehkah luka terubat jika hati dan perasaan dipersia?
Sukarkan untuk diolah perkara ini? Setiap yang berlaku ada sebabnya, ada hikmah disebaliknya. Setiap yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia2 atau saja2, semuanya sudah ditentukan Allah. Bertawakal dan berdoalah semoga dijauhkan daripada perkara2 yang aku sebutkan diatas. Ini hanyalah sekadar menduga, bagaimana keadaannya jika perkara ini menimpa kita. Mampukah kita tersenyum dan tertawa seperti hari ini, dan mampukah kita bertahan dan bersabar menghadapinya. Sukar bukan .. Tapi disebalik kesukaran ini pasti ada manusia yang mampu melakukannya .. cuma kita tidak tahu siapa dan mengapa ...Sekian ...

No comments:

Post a Comment